Sesungguhnya Islam itu amat mudah difahami.
Apabila pantulan minda dari makhuk yang lemah ini dalam cubaan melihat pandangan dari sudut makhluk yang lain memungkinkan tercapai batasan intelek.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Surah Al-Hujrat Ayah 13
Sebenarnya bagi Allah Kepunyaan Segala Pengetahuan.
Dalam amaran kelemahan minda inilah disalinkan nota yang dipantulkan buat yang mencari. Semoga terbebas dari shahwah khafi yah dalam harapan diringankan beban. Inilah antara yang terpahat dan interpretasi sendiri sharahan dari kitab ulama yang saya hanya tilmiz.
Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Selawat keatas Muhammad s.a.w., keluarganya dan mendoakan para Sahabat.
Surah Al Ahzab Ayah 56.
Didengarkan saya melalui mata akan syarahan Taj al-'Arus al Hawi li Tahdhib al Nufus yang dikatakan oleh sheikh dan imam Taj al Din Abu al Abbas Ahmad Ata'Allah al Sakandari. Semoga dicucuri rahmat dan dimudahkan syurga serta ilmu yang disampaikan yang barakah bagi kesemua umat Islam dilimpahkan rahmat kepada seluruh umat Islam.
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahlan wa anta taj'al al hazna idha shi'ta sahlan
Ya Allah, tiada jalan yang mudah selain dari apa yang Engkau mudahkan, dan dimana kehendakMu laluan walaupun yang sukar akan mudah sekiranya Engkau permudahkan.
Wahai hamba-hamba (kerana itulah sebenarnya manusia), kejarkanlah setiap masa dari Allah akan kemahuan dan kuasa memohon keampunan. Sebenarnya Allah sentiasa menjemput pemohon keampunan sepertimana terdapat:
(a) di akhir ayah 31 Surah An Nur yang telah dimaklumkan kepada saya bermaksud
"..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya." Ini jelas dalam konteks keseluruhan ayah tersebut dan juga ayah sebelumnya iaitu ayah 30 Surah An Nur yang mana
"..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya." di ayah 31 merupakan ikatan kepada yang diseru di ayah ayah tersebut. Wallahualam.
(b) dan juga di akhir ayah 222 Surah Al Imran yang telah dimaklumkan kepada saya bermaksud:
" SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. "
serta dari hadith antaranya diriwayat dalam kitab Sahih al Bukhari 8:417 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan memohon keampunan istighfar lebih dari 70 kali sehari oleh junjungan Rasullulah alaihi wassalam.
Sekiranya mahu mencapai taubah, janganlah sekali kali dalam hidup tertinggal melihat akan diri sendiri. Lihatlah apa yang dilakukan pada hari ini, hari ini seharusnya setiap hari, dan jika didapati anda mentaati Allah maka bershukurlah. Dan sekiranya tidak, maka sanggahkan akan kecuaian ini dalam sesalan dan pohon lah keampunan dari Allah dalam perasaan yang sesal.
Sebenarnya tiada kehadiran dengan Allah dalam hidup ini yang lebih bermakna dari kehadiran yang mengukur diri sendiri.
Janganlah sesal dalam ketawa dan keadaan suka. Tetapi sedih dalam keadaan yang berat dan jujur, dengan terbuka marah akan diri, merasa aib dan putus ingatan dunia.
Mudahan secara ini Allah akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan, aib dengan maruah, kegelapan yang menyelubungi anda dengan cahaya serta hijab mata hati dengan menyingkapnya.
Ingatlah janganlah difikirkan bahawa setiap sesuatu yang kita lakukan tidak akan dipersoalkan.
إستغفار اللَّهَ
Wallahualam.