Antara tulisan yang mahsyur oleh أحمد بن عطاء الله السكندري termasuklah تاجالعروس ا لحاوي لتهذيبا لنفوس
yang mana pada pendapat saya lebih mudah dialami walaupun boleh dikatakan terdapat antara mutiara dari التنوير في إسقاط التدبير dan juga الحكم العطائية yang seolah bertaburan dipesisir pantai berbanding didasar laut. Ramai sahabat saya berbuih mulut mengolahkan fahaman mereka dari syarahan yang diterima berkenaan الحكم العطائية yang mana sukar dicapai oleh ahli hore-hore seperti saya. Sering saya dipancarkan ke masa silam apabila sahabat-sahabat berkenaan cuba menjernihkan olahan mereka kepada saya, yakni masa silam semasa cuba memahami konsep dy:dx dalam kelas matematik tambahan. تاجالعروس ا لحاوي لتهذيبا لنفوس juga membawa saya ke masa yang silam yang sama seolah membaca model jawapan kepada soalan matematik tambahan yang terdapat dibelakang buku. Sama seperti dahulu, kini tidak bermaksud mengetahui model jawapan maka berilmu untuk memakainya dengan soalan yang lain. Bukanlah bermaksud ia lebih ringkas atau kurang pedas. Tetapi enaknya berbeza dan membuka selera. Sebenarnya saya masih terpinga dan mulut ternganga. Mempelajari berkaitan kitab ini yang dikatakan kini terdapat beberapa edisi yang mana antaranya dicetak edisi Syria yang dicetak oleh percetakan Ibn al-Qayyim di Damascus pada 1999. Bahasa Arab kaya secara tersendiri yang mana mungkin pendapat akan maksud dalam bahasa selainnya tersasar. Antara pembuka selera ialah berkaitan taubat dengan sokongan nas seperti diakhir ayah 31 surah an-Nur: وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
serta di akhir ayah 222 surah al-Baqarah:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
dengan mencerminkan diri dalam acara hati yang berat.