Sunday, May 24, 2015

Nota dari majlis tari menari 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi


Salinan nota saya seterusnya adalah sebagai sambungan dari majlis tari menari 1.
Ini adalah salinan nota. Yang merupakan pantulan hasil minda dari hasil minda.

Sesungguhnya Islam itu amat mudah.


  • Allah taa'la telah berfirman mengenai Nabi Ibrahim عليه السلام dan Kawan Rapat Allah, خلیل‌ الله

dan juga keatas  Rasulullah s.a.w. bahawa "maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku,"

[ dipercayai berlandaskan ayah 36 Surah Ibrahim

14:36
wallahualam]



  • Maka ini menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak mengikuti  Rasul  maka bukanlah dari dia.



  • Allah taa'la juga telah berfirman dalam hal Nabi Nuh عليه السلام dan Nabi Allah apabila berkata Nabi Nuh عليه السلام dalam arti kata doa rayuan sewaktu kisah banjir besar bahawa anaknya adalah dari keluarganya  "..min ahli.." s di ayah 45 surah Hud:


11:45


Yang mana Allah taa'la menjawab dalam firman  bahawa anak Nuh yang dirujuk dalam rayuan Nuh itu bukanlah dari keluarganya serta perbuatan yang tidak baik seperti terdapat di ayah seterusnya iaitu ayah 46 Surah Hud

11:46


"Innahu lai sa min ahli.." " amala ghoiru solihin.."  adalah jawapan yang diterima.


  • Dalam konteks  ini tindakan mengikut membuat seseorang itu sebagai pengikut walaupun tiada kaitan keluarga [ dan juga tak semestinya menjadi pengikut hanya kerana ada kaitan keluarga seperti kisah Salman al Farisi dalam sebuah hadith yang merujuk kepada Salman Al Farisi sebagai "minha ahli bayt". Adalah diketahui umum bahawa Salman adalah seorang Farsi. Tetapi oleh kerana kesungguhan dalam mengikuti Rasulullah s.a.w maka telah dibuat baginya pernyataan darjah tersebut sebagai panduan bagi kita.
  • Hanya dengan mengikut maka wujudnya satu hubungan. Tanpa mengikuti maka hilanglah hubungan..


[Adalah diambil maklum gelaran خلیل‌ الله yang dirakam dalam tulisan kitab ini
bagi Nabi Ibrahim عليه السلام sebenarnya adalah gelaran yang diberi oleh Allah taa'la sepertimana terdapat dalam ayah :


4:125

yakni gelaran yang boleh didapat dari Ayah 125 Surah AnNisa, ]

[ gelaran Nabi Allah bagi Nabi Nuh عليه السلام mungkin berdalilkan Surah Al- Mu'minun Ayah 23

23:23


wallahualam]

Wallahualam

(bersambung nanti dengan izin Allah).





No comments:

Post a Comment